Channel ini berteraskan pengetahuan dan pendidikan.
Umumnya manusia perlukan asas dan motif yang kukuh kenapa menyimpan/melabur dalam emas dan perak.
Justeru saya buat perkongsian tentang emas dan perak menurut perspektif yang difikirkan terbaik untuk tatapan semua. Juga dengan niat agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan pelbagai skim yang berasaskan emas yang merugikan di mana emas tidak wujud sama sekali.
Dalam Al Quran emas disebut di beberapa tempat - disamping sebagai simbol kekayaan - emas juga boleh melalaikan manusia terhadap kehidupan dan kekayaan sebenar di negeri akhirat.