Astro AWANI

Mahkamah tertinggi Colorado memutuskan pada Selasa, lima gajah di sebuah zoo di Amerika Syarikat bukan manusia dan oleh itu, tidak memiliki hak seperti manusia untuk dibebaskan dari Zoo Cheyenne Mountain, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mahkamah Agung Colorado mendapati gajah yang diberi nama Missy, Kimba, Lucky, LouLou dan Jambo sebagai haiwan dan bukan manusia, tidak berhak kepada "habeas corpus", satu konsep undang-undang yang membolehkan manusia menuntut penahanan yang tidak sah di mahkamah dan meminta pembebasan.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

14 hours ago | [YT] | 26