Malaysia's first 24 hour news & information channel - delivering in-depth analysis and balanced, transparent coverage of news and current affairs.
Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D)
-------------------------
The Official Astro Awani on YouTube offers a variety of catch-up videos on demand from Astro Awani CH501.
SUBSCRIBE now!
youtube.com/user/njoiawani?sub_confirmation=1
Visit beta.astroawani.com/ for more news
Astro AWANI LIVE www.astroawani.com/videos/live
Follow us::
FACEBOOK www.facebook.com/astroawani
TWITTER twitter.com/501Awani
INSTAGRAM www.instagram.com/501awani
TELEGRAM t.me/astroawani
Astro AWANI
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
29 minutes ago | [YT] | 20
View 7 replies
Astro AWANI
India berminat mendapatkan khidmat latihan dan mengikuti kursus antarabangsa ditawarkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan minat itu dizahirkan ketika kunjungan hormat Duta India Ke Malaysia, B.N. Reddy ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Rabu.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
59 minutes ago | [YT] | 9
View 5 replies
Astro AWANI
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas merupakan penghinaan terhadap nilai keadilan.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
1 hour ago | [YT] | 169
View 42 replies
Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menahan 14 individu termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut sumber SPRM, sindiket itu dibongkar menerusi Op Airways yang menyaksikan semua suspek lelaki berusia 20 hingga 60-an itu ditahan dalam serbuan di sekitar KLIA dan Putrajaya petang semalam, dan kegiatan sindiket itu mengakibatkan negara mengalami kerugian dari segi kutipan cukai yang dianggarkan RM8 juta.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
2 hours ago | [YT] | 12
View 1 reply
Astro AWANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat memberikan sokongan padu kepada skuad kriket wanita kebangsaan bawah 19 tahun, yang kini dalam pertandingan Piala Dunia Kriket T20.
"Barisan jaguh kita akan turun menentang West Indies di Bayuemas Kriket Oval, Klang pada 10.30 pagi esok. Perlawanan ini bakal menentukan kelayakan pasukan kita ke pusingan seterusnya.
"Ayuh Malaysia berikan sokongan padu buat pasukan kriket wanita bawah 19 tahun kita. Doa rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian!" katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Rabu.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
3 hours ago | [YT] | 38
View 7 replies
Astro AWANI
Seorang wanita berusia 48 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Bintang, Sitiawan, dekat Manjung sejak 10 Jan lepas telah berjaya ditemui di Kajang, Selangor dan kembali ke pangkuan keluarganya pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman, berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
9 hours ago | [YT] | 53
View 0 replies
Astro AWANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Selatan Global seperti BRICS perlu mengambil pendirian berikutan struktur kewangan antarabangsa melalui Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memerlukan pembaharuan.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
9 hours ago | [YT] | 34
View 9 replies
Astro AWANI
Sekurang-kurangnya 28 kematian disahkan selepas lebih dua minggu kebakaran besar memusnahkan Los Angeles, California daripada kiraan awal sebanyak 27, lapor Agensi Anadolu yang memetik pejabat pemeriksa perubatan negara pada Selasa.
Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.
Sehingga Selasa, kebakaran telah memusnahkan 16,465 hektar dan merosakkan lebih daripada 15,000 struktur, dengan lebih 100,000 orang di bawah perintah pemindahan.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
9 hours ago | [YT] | 183
View 18 replies
Astro AWANI
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, mencerminkan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
Pada 5 petang, penanda aras FBM KLCI meningkat 7.34 mata atau 0.46 peratus kepada 1,587.80, dipacu terutamanya oleh sektor perladangan dan kewangan.
Indeks penanda aras itu dibuka 2.76 mata lebih tinggi kepada 1,583.22 daripada 1,580.46 ketika ditutup pada Selasa.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
10 hours ago | [YT] | 67
View 34 replies
Astro AWANI
Mahkamah tertinggi Colorado memutuskan pada Selasa, lima gajah di sebuah zoo di Amerika Syarikat bukan manusia dan oleh itu, tidak memiliki hak seperti manusia untuk dibebaskan dari Zoo Cheyenne Mountain, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Mahkamah Agung Colorado mendapati gajah yang diberi nama Missy, Kimba, Lucky, LouLou dan Jambo sebagai haiwan dan bukan manusia, tidak berhak kepada "habeas corpus", satu konsep undang-undang yang membolehkan manusia menuntut penahanan yang tidak sah di mahkamah dan meminta pembebasan.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews
11 hours ago | [YT] | 25
View 9 replies
Load more